Cara Membuat Minisite Blogspot Percuma Untuk Link Whatsapp

Kecoh baru-baru ini yang menyatakan Facebook telah melarang penggunaan link Whatsapp secara terus di ayat pengiklanannya. Situasi ini membuatkan usahawan-usahawan yang menggunakan khidmat Facebook Ads menjadi resah kerana banyak iklan ‘disapproved’ oleh Facebook.

Oleh kerana itu, saya akan menunjukkan cara membuat minisite blogspot percuma untuk link Whatsapp. Ia adalah salah satu cara mudah untuk mengelakkan masalah ini dan percuma tanpa anda perlu membeli domain serta hosting setiap tahun.

Kenapa Guna Blogspot?

Seperti yang saya katakan sebelum ini. Ia adalah satu platform bina website yang dimiliki oleh Google. Kelebihan guna platform Blogspot ini adalah, ianya mudah dan cepat dibina. Selain itu,

Tak perlu beli nama domain (bayaran tahunan). Tak perlu langgan bulanan atau tahunan hosting. Anda boleh jimat lebih dari RM100 dan ke atas. Kenapa perlu bayar jika boleh dapat percuma? (Macam iklan trivago pula ;-))

1. Daftar akaun di blogger.com.

Pergi ke blogger.com. Klik Create Your Blog. Masukkan akaun emel gmail anda atau pun sign in emel gmail anda yang sedia ada di komputer anda. Kemudian tekan Next.

2. Namakan profile blogspot.

Anda boleh tulis apa-apa nama yang anda suka. Ini hanya nama profile blogspot anda, bukannya nama website blogspot anda. Selepas isikan nama, klik Continue to Blogger.

3. bina website blogspot.

Anda sudah sampai ke bahagian yang di nantikan. Klik Create New Blog. 

Namakan tajuk minisite blogspot anda serta nama url address kesukaan anda untuk anda. Pilih yang mudah anda ingat kerana link ini yang akan anda letakkan di iklan Facebook Ads anda nanti.

Pastikan nama blog address anda tidak ada orang guna lagi. Jika nama link website blogspot anda available, ia akan menunjukkan tanda right di sebelahnya.

Pilih jenis theme Soho. Kemudian klik Create Blog!.

4. bina page blogspot.

Kini anda telah masuk di ruangan dalam blogspot anda. Klik pilihan Page di bahagian kiri. Kemudia klik Create a new page.

5. Mula melakar minisite blogspot.

Sekarang anda sudah boleh menulis ayat-ayat iklan (copywriting) atau cara hubungi anda (call to action)

6. Generate link whatsapp.

Untuk generate link pendek call to action whatsapp anda boleh gunakan website seperti chatwasap.com. Masukkan emel anda, nombor telefon bimbit anda serta ayat call to action anda.

Yang bagusnya guna website ini. Anda boleh nampak view live bagaimana rupa ayat yang anda tulis di sebelah.  

Kemudian klik Generate Link. Link ini anda boleh gunakan nanti.

Jika anda mahukan link custom, anda boleh klik More Options. Di bahagian ini, anda boleh masukkan nama link yang anda mahukan.

Kemudian klik Save. Ini link url Whatsapp call to action pendek yang anda akan gunakan pada page minisite blogspot nanti.

7. masukkan link call to action whatsapp.

Klik gambar atau highlight gambar yang anda ingin jadikan butang call to action. Kemudian klik pilihan link dibahagian menu atas. 

Paparan edit link akan keluar. Masukkan link url chatwasap yang anda generate sebelum ini ke ruangan web address. Kemudian klik OK.

8. Namakan page ministe blogspot anda.

Namakan page blogspot anda kemudian tekan butang Publish. Ini bermakna minisite blogspot anda telah  aktif.

9. setup paparan minisite blospot.

Bagi mencantikkan paparan minisite blogspot anda. Pergi ke bahagian Layout di sebelah kiri.

Edit semua setting kecuali Page List. Klik gambar pensel untuk edit. Tekan remove atau untick show blog search setiap box jika tiada.

10. link uRL minisite blogspot whatsapp.

Klik semula bahagian Page di sebelah kiri. Anda akan nampak page yang anda yang anda buat sebentar tadi. Klik view untuk tengok link url minisite blogspot anda.

Jom kongsikan artikel ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top