10 Website Gambar Percuma Berkualiti Tinggi Yang Ramai Tidak Tahu.

Mencari gambar-gambar yang menarik sangat susah sekali. Lagi-lagi gambar berkualiti tinggi yang percuma. Kebanyakkannya anda perlu mengeluarkan modal sekitar $3 – $10 untuk setiap satu gambar. Kalau mahu gambar lain, kena keluar modal lagi.

Bagi peniaga yang sudah lama, mungkin tiada masalah untuk mengeluarkan modal sebanyak itu. Tetapi bagi mereka yang baru mahu bermula berniaga akan menjadi satu halangan. Nak buat iklan walaupun menggunakan template power point, mestilah guna gambar yang cantik. Barulah prospek suka.

Dalam artikel ini, saya senaraikan 10 website gambar percuma berkualiti tinggi yang ramai tidak tahu dengan lesen CC0 (Creative Commons Zero license). Ini bermakna, gambar ini anda boleh ubah ikut suka hati tanpa perlu kredit pemilik asal. Menarikkan?

ISO Republic menyediakan gambar stock photo percuma berkualiti untuk profesional kreatif. Sejak pelancaran, ia telah menerbitkan lebih daripada 3,000 imej berlesen CC0 (Creative Commons Zero license), dan semakin bertambah setiap minggu.

Kelebihan website ini:

  • Gambar-gambar berkualiti tinggi banyak disumbang oleh kumuniti jurugambar profesional
  • Senarai gambar-gambar disusun mengikuti kategori. Ini memudahkan untuk mencari.
  • Gambar-gambar percuma berkualiti tinggi ini sangat sesuai untuk digunakan di kedai online dan blog.

Foodie Factor mengumpulkan gambar-gambar makanan dan minuman percuma yang berlesen CC0. Walupun website ini masih baru, tetapi ia sudah terdapat lebih 1,200 gambar yang menarik dan ia akan bertambah lagi pada setiap minggu.

Kelebihan website ini:

  • Gambar makanan dan minuman berkualiti dikumpulkan.
  • Disumbangkan dari kumuniti jurugambar profesional.
  • Susunan gambar diasing mengikut kategori.

Di dalam website ini, ia mengumpulkan gambar-gambar tentang kehidupan secara percuma. Gambar berkualiti tinggi ini boleh membantu ribuan pengguna yang memerlukan imej untuk laman web, mock up, blog, perniagaan, cetak, iklan dan surat khabar. Cuma di dalamnya terdapat 2 jenis lesen, lesen CCO dan lesen Stokpic.

Kelebihan website ini: 

  • Fokus kepada gambar-gambar tentang kehidupan.
  • Sentiasa di kemaskini oleh jurugambar profesional.
  • Navigasi dalam website senang di gunakan.

Website ini ilham dari jurufoto profesional Jonas Wimmerström (former Nilsson Lee) yang tinggal di Malmö, Sweden. Mengumpulkan gambar-gambar resolusi tinggi dalam ‘niche landscapes and nature’ dengan lesen CC0.

Kelebihan website ini: 

  • Gambar percuma resolusi tinggi untuk kegunaan komersial.
  • Menfokuskan tema lanskap dan alam flora fauna.
  • Sangat sesuai dijadikan gambar banner website (Hero Image). 

Unsplash merupakan sumber inspirasi untuk semua orang dari penulis yang memenangi anugerah seperti Deepak Chopra kepada industri-titans seperti Apple, dan berjuta-juta pencipta berbakat di seluruh dunia.

Kelebihan website ini: 

  • Berpuluh ribu gambar boleh didapati.
  • 10 gambar baru akan dikemaskini setiap hari.
  • Gambar dengan resolusi tinggi.

Gambar percuma untuk kegunaan sendiri atau komersial. Terdapat dalam kategori architecture, nature, people, travel dan technology.

Kelebihan website ini: 

  • 7 gambar baru akan dimasukkan pada setiap minggu.
  • Gambar berlesen CC0 (Creative Commons Zero license).
  • Gambar nampak dalam situasi yang sebenar (realistik).

Pengumpulan gambar resolusi tinggi percuma yang boleh anda gunakan untuk projek peribadi dan komersil anda tetapi tidak boleh dijual (rujuk sini untuk info lesen). Semua gambar disumbangkan oleh jurufoto profesional Ryan McGuire.

Kelebihan website ini: 

  • Keunikannya ia mempunyai kategori gambar aneh dan lawak.
  • Gambar berkualiti dan resolusi tinggi.
  • Setiap minggu ada gambar baru akan dimasukkan.

Terdapat gambar gaya hidup yang kreatif moden. Untuk kegunaan komersial dan peribadi. Sudah terdapat lebih 1130 imej pada masa artikel ini di tulis. Gambar disumbangkan oleh Markus Spiske.

Kelebihan website ini: 

  • Gambar boleh di muat turun dengan resulosi 300dpi.
  • Lesen CC0 (Creative Commons Zero).
  • Gambar yang cantik dan unik.

Terdapat beribu-ribu gambar makanan yang menyelerakan dan pasti membolehkan perut anda lapar. Hehe..

Kelebihan website ini: 

  • Boleh membuat pilihan kategori gambar dekat (close up).
  • Gambar resulosi tinggi.
  • Gambar berlesen CC0 (Creative Commons Zero)

Website ini hak milik platfrom ecommerce terkenal iaitu Shopify. Di dalam web ini juga bukan sahaja anda boleh dapati gambar-gambar yang berkualiti tinggi, malah anda boleh juga dapat tip-tip dan idea-idea bisnes.

Kelebihan website ini: 

  • Ada pilihan muat turun gambar, mahu resolusi tinggi atau rendah.
  • Gambar berlesen CC0 (Creative Commons Zero). 
  • Pelbagai kategori gambar boleh di muat turun.
Jom kongsikan artikel ini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *