bisnes food delivery, bisnes makan delivery, bisnes makan delivery 2022, bisnes makanan viral, bisnes makanan yang menguntungkan, bisnes makanan dari rumah, bisnes delivery memulakan bisnes, bisnes makanan modal rendah, cara mulakan bisnes food delivery, makanan paling laris untuk dijual, bisnes makanan online, bisnes makanan frozen, bisnes makanan ringan, ebook bisnes makan delivery 2022,

Cara Mudah Kira Kos & Letak Harga Bisnes Makanan Viral Yang Menguntungkan

Patutlah selama ini keuntungan bisnes makanan viral saya hanya sedikit walaupun jualan makanan saya sentiasa sold out setiap hari.

Antara faktor kritikal yang menentukan keuntungan sesuatu bisnes adalah dengan penetapan harga yang “betul”.

Ada orang kata, bisnes makanan dari rumah untuk dapat untung besar kita kena letak harga yang tinggi berganda-ganda berbanding kos jualan. Tapi hakikatnya, ada ke orang nak beli makanan yang mahal jika target market adalah orang biasa?

Ada memang ada, cuma tak ramai. Di tambah dengan keadaan poket rakyat marhaen seperti kita ini semakin menipis, membeli makanan mahal bukanlah satu pilihan terbaik.

Penyelesaiannya ialah anda perlu letakkan harga yang sesuai untuk dijual setelah ditolak dengan kos yang dikeluarkan bagi menyiapkan makanan tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan harga yang “betul”.

Jadi, bagaimana formula untuk meletakkan harga bisnes makanan delivery dari rumah yang betul?

Kira Kos Bisnes Makanan Delivery

Perkara pertama anda perlu tahu berapakah kos yang anda keluarkan untuk siapkan seunit (sebungkus/sebekas) makanan.

Sebagai contoh kos bahan untuk hasilkan 30 kotak Spaghetti Bolognese Daging seperti berikut:

1) Spaghetti x 4 – RM10.60 (RM 2.65 sepeket)
2) Tomato Puree x 3 – RM 7.95 (RM 2.65 sepeket)
3) Daging kisar – RM 5.00 sepeket
4) Tomato – RM 1.00
5) Bawang Holland – RM 1.00
6) Bawang Putih – RM 0.20
7) Mushroom Tin – RM 3.80
8) Kiub Ayam – RM 0.60
9) Serbuk Cili – RM 2.50
10) Mentega – RM 4.60
11) Susu Kotak – RM 5.60
12) Box & Plastik – RM 7.00
=============================
JUMLAH KOS. – RM49.85
=============================

Jadi anggaran untuk sediakan 30 kotak Spaghetti ini ialah sekitar RM50 dan kos sekotak Spaghetti ini pula lebih kurang RM 1.70 (RM50/30)

Untuk menetapkan harga jualan pula, cara mudah ialah dengan darabkan kos sekotak Spaghetti tadi kepada “3” (Kos-kos tersembunyi dan sebagainya)

Harga Jual Yang Menguntungkan Untuk Bisnes Makan Delivery

Harga jualan anda ialah :

RM 1.70 x 3 = RM5.10

Untuk memudahkan anda mengira duit tanpa perlu bawa duit syiling, letakkan sahaja harga RM5 sekotak.

Keuntungan kasar yang bakal anda perolehi ialah:

[Jumlah Jualan 30 Box] – [Kos Bahan]

[RM5 x 30 box] – [RM50] = RM100

Maka keuntungan kasar yang bakal anda perolehi untuk 30 kotak Spaghetti ini adalah sebanyak RM100!

Dan anda boleh pelbagaikan menu add-on seperti tambah meatball dan sebagainya untuk meningkatkan lagi keuntungan bisnes makan online anda.

Kesimpulan

Jadi inilah antara formula terbaik yang boleh anda ikut untuk menetapkan harga untuk bisnes makanan viral delivery dari rumah. Yang paling penting, ANDA UNTUNG – PEMBELI UNTUNG dan semua orang tersenyum riang!

Nak belajar tip-tip lain tentang bisnes makanan delivery yang menguntungkan?

Jom kongsikan artikel ini:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *