5 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery
Ada orang cakap nak berjaya dalam apa juga bisnes food delivery, perkara yang paling penting ialah mempunyai modal yang besar.
Ya, mempunyai modal yang besar adalah satu kelebihan dalam bisnes makanan dari rumah ini, tetapi tanpa persediaan yang betul, bisnes anda akan gerenti lingkup dan rugi besar!
Ini kerana memulakan sesuatu tanpa ada persediaan sama sahaja seperti anda bersedia untuk gagal. Persediaan sangat penting terutamanya dalam bisnes makan delivery.
Bayangkan setiap hari anda mengeluarkan kos yang banyak untuk hasilkan makanan viral kononya untuk dijual TETAPI makanan tersebut tidak habis malah hanya terjual beberapa unit sahaja. Bukankah ianya mimpi ngeri untuk setiap peniaga?
Jadi, berikut antara 5 persediaan penting yang wajib ada sebelum memulakan bisnes food delivery.
#1 – Persediaan Mental & Fizikal
Pastikan diri anda berada dalam keadaan yang sihat dan elakkan terburu-buru serta sentiasa berhati-hati dalam menghantar makanan kerana boleh menyebabkan kemalangan yang kita tidak ingini.
#2 – Persediaan Resepi
Pilih makanan yang anda mahir masak dan mampu menghasilkannya berkali-kali secara konsisten tanpa kekurangan rasa. Pastikan anda cuba dahulu makanan yang anda masak dan meminta maklumbalas keluarga atau kawan anda sebelum mulakan bisnes ini.
#3 – Persediaan Mengenai Lokasi
Anda perlu tahu dengan mendalam setiap lokasi di tempat anda untuk memudahkan penghantaran makanan. Paling tidak pun anda tahu “landmark” kawasan yang perlu anda hantarkan untuk memudahkan proses delivery anda. Ia boleh mengelakkan pesanan daripada lambat sampai.
#4 – Persediaan Untuk Delivery
Pastikan anda mempunyai kenderaan sendiri yang masih mampu bergerak lancar untuk memudahkan pesanan sampai ke rumah para pelanggan anda dengan selamat dan tepat pada masanya. Berhati-hati meletakkan makanan semasa perjalanan kerana risau tumpah atau rosak.
#5 – Persediaan Handphone Yang Sesuai
Handphone yang sesuai penting dalam bisnes food delivery ini! Pastikan handphone anda mempunyai aplikasi Whatsapp, Maps atau Waze dan pastikan spesifikasinya sederhana dalam 3GB RAM ke atas untuk elakkan handphone itu menjadi slow dan hang tiba-tiba.
Dengan 5 persediaan ini, saya yakin anda sudah bersedia untuk memulakan bisnes anda sendiri DAN mampu menjana keuntungan lumayan secara konsisten walaupun selepas PKP berakhir!
Jika anda benar-benar serius untuk mulakan bisnes makan delivery yang benar-benar berjaya, klik link di bawah untuk mengetahui caranya.