3 Strategi Berkesan Jana Keuntungan Lumayan Untuk Bisnes Makanan Delivery
Hanya dengan menguasai 3 strategi yang bakal saya kongsikan ini, anda mampu untuk membina sebuah bisnes makanan delivery dari rumah yang terus relevan dan kekal lama walaupun selepas PKP!
Zaman teknologi ini sangat memudahkan semua golongan, terutamanya golongan peniaga seperti kita ini.
Dengan Facebook, Whatsapp, Instagram, Tik Tok dan sebagainya, kita boleh berkomunikasi dengan semua golongan tanpa sebarang halangan untuk mempromosikan perniagaan. Ianya sangat memudahkan!
Tapi persoalannya adakah semua platform ini berkesan untuk bisnes food delivery ini?
Jawapannya – Ianya bergantung kepada lokasi jualan anda!
>>Baca juga: Cara mudah kira kos & letak harga untuk bisnes makanan viral.
Jika anda menjual di bandar, sudah tentu plaform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya boleh membantu marketing anda.
Tapi jika anda menjual makanan di pekan-pekan atau kampung-kampung, ianya agak kurang berkesan.
Ada satu cara marketing yang benar-benar berkesan tak kiralah di mana pun anda berada iaitu dengan mengggunakan WhatsApp!
Ya, WhatsApp sangat penting untuk bisnes makan delivery kita kerana hampir semua orang mempunyai whatsapp termasuklah orang kampung. Inilah aplikasi wajib dalam setiap handphone kita pada hari ini.
Di WhatsApp, kita boleh berhubung terus dengan orang lain dan menerima pesanan pembeli melalui mesej. Malah di WhatsApp juga terkumpulnya group-group komuniti kejiranan yang merupakan lubuk lumayan untuk kita promosikan bisnes delivery makanan dari rumah kita.
Ada 3 cara paling mudah untuk anda menggunakan Whatsapp dalam bisnes makanan delivery:
#1 – Menyertai Group Komuniti Kejiranan (Ikut lokasi Jualan Anda)
Rajin-rajinkan diri anda untuk sertai group-group Whatsapp komuniti kejiranan di sekeliling lokasi jualan anda. Selain mempromosikan bisnes makan delivery anda, aktifkan diri anda untuk berinteraksi dalam group tersebut untuk lebih dikenali ramai.
#2 – Membina Database Pembeli yang order melalui Whatsapp
Simpan data seperti nama dan nombor telefon para pelanggan yang order makanan yang anda jual melalui Whatsapp. Jika anda dapat menyimpan alamat mereka sekali, ianya satu bonus bagi anda dan memudahkan lagi penghantaran makanan pada masa depan.
#3 – Broadcast Mesej Kepada Pembeli Sedia Ada Jika Ada Promosi
Setiap kali anda membuka kedai, pasti anda mahu orang lain tahu tentangnya dan tentang menu istimewa yang anda tawarkan hari ini. Anda boleh broadcast mesej jualan tersebut ke database pembeli sedia ada untuk memberitahu mereka.
Dengan 3 strategi mudah ini, anda pasti mampu menjana keuntungan lumayan dengan bisnes food delivery hanya menggunakan handphone anda sahaja! Bukankah ianya sangat mudah?
Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang cara sebenar membina bisnes makan delivery sampai berjaya, klik link berikut untuk mengetahuinya..